“Tinjauan ini saya tulis dari sudut akidah Islam yang mungkin kurang tepat. Justeru, pandangan ikhlas pembaca yang memiliki kearifan tinggi dalam Islam, moga dapat memperkaya khazanah minda.” Allah itu
indah dan suka kepada keindahan. Alam ini adalah perhiasan Allah. “Setiap hari Tuhan mencipta yang baru”. (qs 55:29)
Tiada siapa yang tahu sejak bila manusia mula mempersoalkan konsep ketuhanan. Mungkin juga setua usia penciptaan manusia sendiri. Ahli falsafah Xenophanes yang mendahului Socrates pernah berkata:
“Sekiranya kuda itu boleh melukis, nescaya dia akan melukis Tuhan mereka seperti kuda”. (570sm)
Namun, suatu perkara yang jelas ialah setiap agama mempunyai paradigma yang berbeza dalam menjelaskan perkara mengenai ketuhanan, walaupun pada dasarnya semua agama mengakui kewujudan satu entiti maha
agung yang mengaturcara alam semesta. Dalam paradigma ini saya akan mencuba menjelaskan konsep ketuhanan dari sudut paradigma Islam, yang nyata agak berbeza dengan konsep ketuhanan yang telah saya
bentangkan sebelum ini, iaitu pemahaman kepada konsep ketuhanan menurut paradigma manusia pelbagai anutan agama. Menurut paradigma Islam segala-galanya, termasuk langit dan bumi serta ruang dan masa adalah
objek ciptaan Allah. Allah adalah pencipta – al khalik dan selainnya adalah perkara yang dicipta – makhluk. Selain Allah, seperti langit, bumi dan segala isinya termasuk ruang dan masa – spacetime adalah
makhluk Allah. Soalan dan jawapan yang berkaitan dengan pertanyaan Tuhan dan Makhluk dapat disimpulkan dengan cara berikut menurut paradigma Islam. Apakah Tuhan? Tuhan adalah entiti yang tidak bergantung
kepada makhluk-Nya. Ia tanpa awal dan tanpa akhir. Apakah Makhluk? Makhluk adalah entiti yang bergantung kepada Tuhan dan saling bergantung antara sesama makhluk. Ia mempunyai awal dan akhir atau sekurang-
kurangnya mempunyai awal penciptaan walaupun tanpa pengakhiran seperti syurga dan neraka. Allah menurut paradigma Islam tidak tertakluk kepada ruang dan masa serta alam semesta. Lantaran alam semesta serta
ruang dan masa adalah mahkluk ciptaan-Nya, dan Allah juga tidak terikat kepada subjek ciptaan-Nya. Alam semesta adalah makhluk Allah atas alasan berikut: “Tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala
yang ada di antara keduanya dengan bermain-main (qs 21:16)
. “Kepunyaan-Nyalah segala yang ada di langit dan di bumi”. (qs 21:19)
Albert Einstein telah menemui hukum General Relativity yang mendakwa bahawa ruang dan masa tidak berasingan dengan alam semesta dan setiap makhluk di dalamnya. Ianya berkaitan antara satu sama lain dan
saling memerlukan. Model matematik general relatitvity juga meramalkan tentang wujudnya pengawalan dan pengakhiran bagi alam semesta serta ruang dan masa. Roger Penrose, melalui tinjauan alam semestanya
yang berasaskan kepada hukum general relativity Einstein telah membatalkan teori awal alam semesta Euclid dalam Elements of Geometry sekitar (300sm)
Roger Penrose juga telah memansuhkan teori ruang dan masa Isaac Newton, yang mendakwa bahawa ruang dan masa serta alam semesta adalah entiti yang tidak ada permulaan dan akan kekal selama-lamanya.
Penemuan hukum general relativity juga telah mendorong para saintis moden untuk menamakan permulaan alam semesta sebagai ‘Big Bang’ dan akan berakhir dengan ‘Big Crunch’ di mana seluruh alam semesta,
bintang, planet, astroid dan sebagainya akan berhenti dari mengembang dan akan bercantum semula, ada keselarasan dengan konsep Kiamat dalam Al Quran: “Apabila matahari digulung. Dan apabila bintang-bintang
berjatuhan. Apabila gunung-ganang dihancurkan”. (qs 81:1-3)
Teori ‘Big Bang’ mendakwa bahawa sebelum berlakunya letupan besar, ruang dan masa – spacetime sebagaimana yang ada sekarang tidak wujud. Hanya setelah berlakunya letupan besar, barulah ruang dan masa serta
segala undang-undang fizik, kimia dan biologi mengaturcara alam semesta. Teori mereka selari dengan ayat Al Quran: “Apakah orang ingkar itu tidak melihat bahawa sanya langit dan bumi itu pada mulanya
adalah bercantum – dan kemudian kami pisahkan keduanya”. (qs 21:30)
. {bercantum sebutan arabnya ratq, sebutan sainsnya singularity – manakala berpisah sebutan arabnya fatq, sebutan sainsnya Big Bang.} AKAL MANUSIA DAN KONSEP SPACETIME Menurut paradigma Islam, ruang dan
masa adalah makhluk Allah. Apabila sesuatu itu adalah makhluk Allah, maka Allah tidak memerlukan makhluk kerana ia berada di luar hukum yang Allah sendiri tetapkan, iaitu al khalik tidak bergantung kepada
makhluk. Sekiranya al khalik bergantung kepada makhluk ciptaan-Nya, contohnya Allah memerlukan frame ruang dan masa untuk wujud, maka Ia tidak layak dipanggil al khalik, sebaliknya hanya layak dipanggil
makhluk yang lemah kerana ia memerlukan makhluk. Masa adalah makhluk Allah, dan Allah tidak terikat kepada masa: ” Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian”. (qs 103:1-2)
Ayat ini menunjukkan bahawa masa itu juga adalah makhluk yang Allah ciptakan bagi melengkapkan program Allah terhadap kejadian alam semesta. Selaras dengan teori sains yang mendakwa bahawa masa adalah
makhluk yang mempunyai permulaan dan pengakhiran. Teori ‘Big Bang’ merupakan hipotesis bagi permulaan alam semesta yang menjangkau 50 billion tahun yang lalu. Teori Big Bang juga mendakwa bahawa segala
entiti alam semesta pada asalnya adalah bercantum yang dipanggil singularity. Kemudian berlaku letupan besar yang menyebabkan terbentuknya ruang dan masa serta segala unsur alam semesta termasuk gas,
bintang dan planet. Berdasarkan kepada pemerhatian cendekiawan astronomi, alam semesta sekarang saling menjauh antara satu sama lain, dan secara logik ia mesti mempunyai titik pertemuan yang satu. Menurut
paradigma Islam, akal manusia terbatas, iaitu dibatasi oleh ruang dan masa. Tegasnya, akal manusia tidak mampu memikirkan sesuatu perkara yang di luar frame ruang dan masa. Sementara manusia wujud dalam
frame ruang dan masa, sedangkan Allah di luar frame ruang dan masa. Justeru, akal manusia memang tidak mampu mengkaji zat Allah. Namun, tidak bermakna yang Allah tidak wujud. Bahkan saintis moden mendakwa
bahawa memang wujud situasi yang tidak mempunyai ruang dan masa. TEORI JAM PALEY Paley’s Watch Theory mendakwa bahawa alam semesta menpunyai pencipta dan bukannya muncul secara kebetulan. Paley mendakwa
bahawa jika seseorang berjalan ditepi pantai dan menemui seketul batu, orang berkenaan tidak akan menimbulkan persoalan tentang bagaimana seketul batu boleh berada di situ. Tetapi, jika seseorang menemui
sebuah jam di tepi pantai, sudah tentu fikirannya akan menimbulkan persoalan tentang bagaimana sebuah jam sampai ke situ jika tiada orang yang mencipta dan membawanya. Justeru, Paley membuat kesimpulan
bahawa alam semesta mustahil tiada pencipta. Dan sebenarnya, banyak lagi yang dapat direnung dalam ciptaan Tuhan yang nampak mudah tetapi lebih kompleks jika dibandingkan dengan sebuah jam di tepi pantai,
seperti air dan lalat. “Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih, maka dengan itu Kami menurunkan air dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya, dan bukanlah kamu yang berkuasa
menurunkannya atau menyimpannya”. (qs 15:22)
Ayat di atas diturunkan semasa manusia belum memahami konsep hujan yang berasal dari angin yang membawa titik air yang dikenali sebagai aerosol ke angkasa semula. Manusia cuma memahami konsep itu pada awal
abad ke 20. “Wahai manusia, telah diberikan satu perumpamaan, maka dengarlah dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, selain dari Allah itu, tidak sekali-kali dapat mencipta
seekor lalat pun, walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya, dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya semula daripadanya. Amat lemahlah yang
menyembah dan amat lemahlah yang disembah”. (qs 22:73)
SEJARAH MAKHLUK DALAM PARADIGMA ISLAM Hidup manusia dalam fasa alam fana ini tidak terlepas dari pergerakan hukum sebab dan akibat. Segala sesuatu adalah kerana sesuatu yang lain. Tidak pernah terjadi
hanya timbul suatu sebab tanpa diikuti oleh akibat. Kedua-duanya bergerak berkesinambungan dan seiring ibarat lingkaran roda yang tidak putus. Sehinggalah tiba pada suatu masa kelak, Allah melakukan batas
akhir dan hapus kira dalam fasa kefanaan ke atas segala ciptaan dan perhiasan-Nya. Pelbagai rangkaian kejadian alam semesta yang telah menjadi bahan sejarah dan kajian yang beranekaragam. Bermula dari
sebutir atom yang sangat halus sehingga ke alam semesta yang sangat besar, namun sentiasa berjalan dalam kesatuan alam yang harmoni. “Apakah mereka tidak melihat langit yang ada di atas mereka, bagaimana
Allah meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak sedikitpun? Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung pengimbang yang kukuh dan Kami tumbuhkan padanya segala
macam tanaman yang indah dipandang mata”. (qs 50:6-7)
“Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di langit dan di bumi”. (qs 3:05)
Hingga suatu ketika di masa yang lalu, Allah hendak memberi mandat mantadbir bumi kepada manusia, iaitu nabi Adam dan keturunannya. Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang pentadbir dan pemanfaat di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang hanya akan membuat kebinasaan padanya dan menumpahkan darah, pada hal
kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mengagungkan Engkau? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui”. (qs 2:30)
Sebagai makhluk terbaik di bumi, manusia yang secara utuh dicipta dalam kesatuan 4 dimensi: nurani, rohani, nafsani dan jasmani. Ketika manusia hidup dalam dunia telah dinyatakan sebagai makhluk terbaik
yang bukan dari segi jasmaninya yang fana, namun adalah dimensi nurani yang ditanam dalam chip makrifat dan hakikat keagungan pencipta-Nya. “Ingatlah anugerah Allah kepadamu dan perjanjian-Nya yang telah
diikat-Nya dengan kamu, ketika kamu mengatakan: kami dengar dan kami taat. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengetahui isi hati”. (qs 5:07)
“Demikianlah. Dan barangsiapa yang mengagungkan kebesaran Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati”. (qs 22:32)
Lantaran yang demikianlah, maka Allah perintahkan para malaikat dan iblis untuk sujud kepada nabi Adam. Ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali
iblis, ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang ingkar”. (qs 2:34)
Dengan chip nurani, manusia berhubung dalam suatu jalur komunikasi khusus dengan Allah. Yang demikian, bumi berada dalam jaminan pengelolaan yang baik. “Carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah
kepadamu untuk negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagian kamu dalam dunia dan berbuat baiklah, sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kebinasaan di bumi.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kebinasaan”. (qs 28:77)
MANUSIA DI AWAL PENCIPTAAN Menghayati sejarah penciptaan manusia pada awal mulanya tentulah merupakan suatu perkara yang mustahil diketahui oleh manusia semasa yang berselisih bilion tahun. Tidak ada
satupun yang ditemui tentang adanya catatan sejarah yang merakam pengakuan manusia pertama tentang perihalnya ketika pertama kali lahir ke dunia ini. Kalau pun ada, apakah ia akan menulisnya sejak ketika
pertama kali dalam proses penciptaan, bahkan sejak masih dalam rencana? Allah, sebagai pencipta tunggal segala makhluk adalah yang seharusnya menjadi acuan dalam perolehan maklumat yang tidak sahaja sahih
tetapi juga objektif, dan tidak diputarbelit oleh kepongahan manusia. Dengan kasih sayang dan kekuasaan-Nya, Allah telah menjadikan manusia sebagai makhluk yang berakal, iaitu acuan maha sempurna yang
terkandung dalam Alquran. “Sesungguhnya dalam kitab ini, benar-benar menjadi peringatan bagi kaum yang menyembah”. (qs 21:106)
”Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang memberi penerangan, dan contoh-contoh dari orang-orang yang terdahulu sebelum kamu dan pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa”. (qs 24:34)
“Sesungguhnya Kami mengetahui orang-orang yang terdahulu daripada kamu dan Kami mengetahui orang-orang yang kemudian”. (qs 15:24)
Penciptaan manusia sebagai pentadbir dan pemanfaat di bumi, diikuti dengan pernyataan kehairanan para malaikat, reaksi mereka seolah-olah seperti pernah menyaksikan watak dan tingkah laku manusia
sebelumnya, ungkapan kebimbangan para malaikat akan berulangnya kemurkaan Allah kepada manusia sehingga kelak akan dimusnahkan lagi. Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang pentadbir dan pemanfaat di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang hanya akan membuat kebinasaan padanya dan menumpahkan darah, pada
hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mengagungkan Engkau? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui”. (qs 2:30)
ADA UMAT SELAIN ADAM “Hai sekalian manusia, bertakwalah kamu kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari satu diri dan daripadanya Allah menciptakan pasangan suaminya, dan berkembang dari keduanya
lelaki dan perempuan yang banyak, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu saling meminta dengan menyebut nama-Nya, dan peliharalah keluarga. Sesungguhnya Allah adalah sangat memperhatikanmu”. (qs 4:01)
Sesungguhnya, Kami mencipta segala sesuatu mengikut ukuran. (qs 54:49)
Dan sesungguhnya telah Kami binasakan orang-orang yang serupa dengan kamu, maka adakah kamu mengambil pelajaran? (qs 54:51)
Maka apakah tidak menjadi petunjuk bagi mereka, berapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, mereka berjalan pada bekas tempat tinggal umat dahulu. Sesungguhnya pada yang demikian itu
adalah sebagai tanda bagi orang-orang yang mempunyai akal. (qs 20:128)
. “Dan orang-orang terdahulu dari yang dahulu”. (qs 56:10)
Allah menetapkan kehancuran umat dahulu dan terdahulu, walaupun telah memiliki peradaban yang sangat tinggi dan maju, lebih ramai dan lebih kuat. “Berapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum
mereka? Mereka lebih besar kekuatannya, maka mereka telah menjelajahi negeri-negeri. Adakah tempat lari? (qs 50:36)
”Apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang dahulu sebelum mereka. Sesungguhnya orang-orang dahulu sebelum mereka itu lebih hebat kekuatannya
dengan bekas jejak mereka di muka bumi, namun apa yang mereka usahakan itu tidak dapat menolong mereka”. (qs 40:82)
. BERAKHIRNYA PERADABAN MASA LALU “Tidakkah kamu perhatikan, bahawa sesungguhnya Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan sebenar-benarnya? Jika dia menghendaki, nescaya dia membinasakan kamu dan
menggantikan kamu dengan makhluk yang baru. Dan yang demikian itu tidak sukar bagi Allah”. (qs 14:19-20)
“Mereka dibinasakan oleh suara dahsyat waktu matahari terbit. Maka kami terbalikkan yang di atas mereka menjadi di bawah dan Kami hujani mereka dengan batu yang berapi”. (qs 15:73-74)
“Sesungguhnya orang-orang sebelum mereka telah menipu Allah, maka Allah menghancurkan bangunan-bangunan bersama mereka sehingga ke dasarnya, maka jatuhlah atap di atas mereka dan telah datang kepada mereka
azab dahsyat dari tempat yang tidak mereka sedari”. (qs 16:26)
”Kami tidak memusnahkan suatu negeri melainkan ada baginya syarat ketentuan yang telah ditetapkan”. (qs 15:04)
ERA SESUDAH ADAM “Katakanlah, berjalanlah kamu di bumi dan perhatikanlah bagaimana Allah mula mencipta makhluk, kemudian Allah mencipta kejadian yang akhir. Sesungguhnya Allah menguasai segala sesuatu”.
(qs 29:20)
“Allah memberikan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barang siapa yang diberi hikmah, maka sesungguhnya ia telah diberi kebaikan yang banyak. Namun tidak ada yang dapat mengambil pelajaran
melainkan orang-orang yang berakal. (qs 2:269)
Orang-orang yang beriman, hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram”. (qs 13:28)
“Barang siapa yang berpaling dari mengingat yang maha pengasih, nescaya Kami sertakan syaitan atasnya, maka ia adalah teman baginya. (qs 43:36)
Allah akan mencipta suatu kaum yang Allah mengasihi mereka dan mereka pun mengasihi Allah, dan mereka itu bersikap lembut terhadap orang-orang yang beriman”. (qs 5:54)
PARADIGMA ISLAM TENTANG ADAM Menurut kajian para pengamal teori evolusi terhadap rangka manusia yang ditemui di merata dunia, manusia terbahagi kepada beberapa spesies. Setiap spesies dipanggil dengan nama
saintifik tertentu yang mempunyai identiti sendiri, seperti bentuk rahang yang dipengaruhi oleh pemakanan. Mereka tinggal pada zaman yang berlainan sehingga pupus. Mereka juga mendakwa bahawa tiga spesies
pernah tinggal serentak dalam satu masa yang sama. Setelah mereka bertemu kejadian saling membunuh antara satu sama lain telah berlaku, dan ada juga yang dipercayai telah memakan spesies yang lain. Kajian
mereka selaras dengan Al Quran. “Katakanlah, berjalanlah kamu di bumi dan perhatikanlah bagaimana Allah mula mencipta makhluk, kemudian Allah mencipta kejadian yang akhir. Sesungguhnya Allah menguasai
segala sesuatu”. (qs 29:20)
Spesies sekarang adalah manusia yang dipanggil Homo Sapiens, yang dipercayai lebih bijak daripada yang terdahulu. Selepas Homo Sapiens dihapuskan, jika Allah kehendaki, Allah akan mencipta yang baru pula.
Fenomena ciptaan yang silih berganti adalah sejajar dengan Alquran. “Jika Dia menghendaki, Dia menghapuskan kamu, wahai manusia, dan mendatangkan yang lain, Allah adalah berkuasa atas yang demikian itu”.
(qs 4:133)
“Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mencipta langit dan bumi dengan benar? Jika Dia menghendaki, Dia menghapuskan kamu, dan mendatangkan ciptaan yang baru”. (qs 14:19)
“Jika Dia menghendaki, Dia menghapuskan kamu, dan mendatangkan ciptaan yang baru, tidaklah itu bagi Allah sukar”. (qs 35:16)
Kembali kepada Adam. Adam merupakan suatu ciptaan baru, kerana dia menggantikan spesies yang sebelumnya. “Apabila pemelihara kamu berkata kepada para malaikat: Aku akan meletakkan di bumi khalifah -
pengganti. Mereka berkata: Adakah Engkau meletakkan di dalamnya orang yang hanya akan membuat kebinasaan di dalamnya dan menumpahkan darah”. (qs 2:30)
Para malaikat seolah-olah telah mengetahui bahawa manusia sebelum Adam telah membuat kebinasaan di bumi dengan menumpahkan darah. Namun, Adam tidak serupa dengan spesies sebelumnya. Kerana dia lebih bijak,
iaitu setelah Allah mengajarnya. “Dia mengajar Adam nama-nama, kesemuanya”. (qs 2:31)
Adam dan isteri juga pandai menutup bahagian aib mereka. “Syaitan memujuk keduanya dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah itu, nampaklah bagi keduanya auratnya, dan mulailah keduanya
menutupinya dengan daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari buah itu dan aku katakan kepadamu: Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi
kamu berdua?” (qs 7:22)
Allah juga mengajar anak lelaki Adam tentang tatacara mengkebumikan mayat. Allah menyuruh seekor burung gagak menggali-gali di bumi untuk memperlihatkan kepadanya bagaimana seharusnya menguburkan mayat
saudaranya. “Berkata Qabil: aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini? kerana itu jadilah dia seorang di antara orang-orang
yang menyesal”. (qs 5:31)
Tidak seperti spesies yang terdahulu. Adam dicipta daripada almaa – hidrogen, thiin – meteor dan turaab – kalium, sama seperti semua manusia yang ada sekarang. Keturunan Adam pula dicipta daripada saripati
yang menyerupai air. “Dialah yang menciptakan manusia dari alma – hidrogen, kemudian dia jadikan manusia ada keturunan melalui perkahwinan, demikianlah Tuhan kamu yang maha perkasa”. (qs 25:54)
“ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku akan mencipta manusia dari thiin – meteor”. (qs 38:71)
“Sesungguhnya perumpamaan kejadian Isa Almasih di sisi Allah, adalah sama seperti Adam. Allah mencipta Adam dari turaab – kalium, kemudian Allah berfirman kepadanya: “jadilah”, maka jadilah dia”. (qs 3:59)
“Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari thiin – meteor. Kemudian Dia menjadikan keturunannya daripada saripati air”. (qs 32:7-8)
Tidak syak lagi, bahawa Adam adalah spesies homo sapiens. Namun, adakah dia homo sapiens yang pertama ciptaan Allah? Kalau tidak, mengapakah Allah menggunakan kalimat bani Adam? “Wahai bani Adam, Kami
telah menurunkan kepada kamu suatu pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib kamu, dan pakaian perhiasan, dan pakaian takwa – itu lebih baik. Itulah satu daripada ayat-ayat Allah, supaya mereka
mengingati”. (qs 7:26)
“Apabila pemelihara kamu mengambil daripada bani Adam, daripada punggung mereka, keturunan mereka, dan menjadikan mereka saksi-saksi ke atas roh mereka. Bukankah Aku ini pemelihara kamu? Mereka berkata:
ia, kami menyaksikan, supaya kamu tidak mengatakan pada hari kiamat, bagi kami, kami lalai mengenai yang ini”. (qs 7:172)
“Kami memuliakan bani Adam dan membawa mereka di darat dan laut, dan memberikan mereka rezeki dengan benda-benda yang baik, dan melebihkan mereka dengan beberapa kelebihan di atas kebanyakan daripada apa
yang Kami ciptakan di bumi”. (qs 17:70)
Dengan paradigma ini saya melancarkan keyakinan bahawa tanpa keimanan bermakna membunuh Tuhan. Semua agama bagaikan air yang menghidupkan makhluk namun memerlukan dogma, sedangkan yang menjadi asas
keperluan sains adalah pertanyaan. Kenapa durian jatuh ke tanah? Dari mana asal-usul manusia? Segala pertanyaan di atas boleh dijawab dengan mudah oleh agama: kerana takdir Tuhan yang menghendakinya.
Namun, paradigma saya masih menganggap teori evolusi sebagai wadah terbaik yang pernah ditemui oleh umat manusia dalam usaha mengungkap dan menjelaskan fenomena kewujudan alam semesta dan manusia.
source : milis Evolution
pak’ tlong jelaskan yang lebih rinci pandangan al-qur’an terhadap teri big-bang
dan mengapa hawa tercipta dari tulang rusuk adam?
apa hikmah dibalik ini smua dlam tinjauan ilmiah?